Fungsi Utama: Perkhidmatan

Aktiviti-aktiviti

Mengurus & Pembangunan Aset Wakaf

Mengurus dan pembangunan di tanah waqaf masjid.

Penganjur Acara / Program Promosi

Pengurusan tapak sewaan di dalam Masjid, aset-aset kerusi dan meja dewan untuk kegunaan majlis-majlis keraian. Pengurusan Sewaan di Dataran Batik bagi kegunaan Usahawan dan peniaga. Pengurusan Katering penyediaan makanan dan minuman bagi majlis-majlis perkahwinan dan program jabatan.

Perkhidmatan Penganjuran Pendidikan

Pendidikan teknologi ICT bagi bengkel/seminar Usahawan Online kepada peniaga kecil, pelajar, NGO dan orang ramai dipersekitaran masjid

Ahli Lembaga Koperasi (ALK)

Sesi 2025/2026

1Jamali bin Mohd AdnanPengerusi
2Mohd Hariz Bin JamilTimb Pengerusi
3 Lt Kol Tamsir bin Marhaban (Bersara)Setiausaha
4Ustaz Adli Zil Ikram bin Mohamed ArifinBendahari
5En Mohamed Adani bin Haji AhmadALK
6Pn Umul Haramaini bt Hj Mohd Abu BakarALK
7En Juhari bin AtanJAD 
8En Marzuki bin IsmailJAD

Sejarah

KOPERASI MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD KUALA LUMPUR BERHAD (No. daftar: 202271401189) atau lebih dikenali sebagai KOJAMEK adalah sebuah koperasi yang telah didaftarkan di  bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tanggal 11 Ogos 2022  di bawah Subsekyen 7(1) Akta Koperasi 1993.

Matlamat penubuhan Koperasi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur Berhad adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi  di dalam sektor Perkhidmatan Mengurus Aset Masjid dan Aset Waqaf Masjid, Penganjur Acara / Program Promosi, Perkhidmatan Katering dan penyediaan makan minum dan Perkhidmatan Penganjuran Pendidikan.

Visi

Menjadi sebuah koperasi unggul di Malaysia dalam memartabatkan ekonomi Umat Islam

Misi

Menyatu dan menggerakkan anggota koperasi terutama golongan asnaf di Kuala Lumpur dalam aktiviti ekonomi di bandaraya sehingga menghasilkan jenama produk yang tersendiri dan terkenal

Objektif

  • Melahirkan anggota koperasi yang memahami dan menghayati jihad ekonomi mengikut landasan Islam
  • Menerapkan budaya integriti, akauntabiliti dan profesional dalam menguruskan kewangan
  • Menyuburkan semangat tolong menolong sesama anggota koperasi dalam membantu ekonomi masjid
  • Menambah dana masjid  dengan membangunkan sumber masjid sediaada
  • Membantu membiayai aktiviti-aktiviti anjuran masjid

Galeri & Aktiviti